PU Riz Dapat Sorakan. Neelofa Bangga Suami Genggam Ijazah Pengajian Bahasa Inggeris

Selebriti yang juga usahawan terkenal, Noor Neelofa berkongsi perasaan teruja apabila suami tercinta, Haris Ismail menjadi salah seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antabangsa (UIAM) ke-38 yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM, hari ini.

Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail menerima skrol berkenaan setelah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) di universiti berkenaan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah sorokan Neelofa sewaktu Haris atau mesra disapa PU Riz naik ke atas pentas sewaktu mengambil skrol ijazahnya.

“Hahaha, siapa suruh bawa bini datang konvo,”selor0hnya berserta tanda pagar ‘suami muda kau ada’ yang dilihat sangat menarik .

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan kesyukuran atas kejayaan suaminya kerana telah menamatkan pengajian.

Selain itu, Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus juga meluahkan kesyukuran kerana meraih segulung ijazah.

“Alhamdulillah,”ucap Haris ringkas dalam salah sebuah video yang dirakam Neelofa.

Untuk rekod, Haris juga pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2012 selama setahun sahaja sebelum membuat keputusan untuk pulang ke tanah air ekoran pergolakan yang sedang hangat berlaku di negara berkenaan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram @neelofa

Be the first to comment on "PU Riz Dapat Sorakan. Neelofa Bangga Suami Genggam Ijazah Pengajian Bahasa Inggeris"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*