“Pada Mulanya Dirisik..”- Terima ‘Pinangan’, Ogy Ahmad Daud Berdebar Tunggu Majlis Minggu Hadapan

Pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan.

Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy mengakui kini hanya menghitung waktu menanti hari disiifatkan penuh bahagia itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu.

“Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)

Status yang dimuat naik pada Sabtu itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata teruja dan gembira serta tertanya siapa gerangannya.

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya,” kata Asry Azizan.

“Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat,” kata Sharifah Meryam Al-Attas.

“Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira,” kata Eleen Arisha.

Dalam pada itu, Ogy turut memuatnaik hantaran sama di Instagram beserta kapsyen yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah,” katanya.

Ogy pernah berkahwin dengan pelakon Eman Manan pada 23 Disember 1990, perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada media ketika itu.

Bagaimana pun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 tahun selepas mereka memfailkan percer4ian pada 2 Julai 2003.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Gempak,HM

Be the first to comment on "“Pada Mulanya Dirisik..”- Terima ‘Pinangan’, Ogy Ahmad Daud Berdebar Tunggu Majlis Minggu Hadapan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*