“Anugerah Terindah..” Acha Septriasa Kongsi Foto ‘Baby Bump’ Di Instagram

Aktres terkenal Indonesia yang popular di Malaysia menerusi filem Heart pada tahun 2006 iaitu Acha Septriasa sudah tidak a$ing lagi bagi peminat di Malaysia.

Perkembangan terkini mengenai kehidupan pelakon itu sering diintai peminat. Terbaharu, Acha Septriasa berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Acha, 33, berkata, dia bersyukur apabila diberi rezeki untuk memiliki seorang lagi anak bagi menemani anak perempuannya iaitu Bridgia Kalina Kharisma yang kini sudah berusia lima tahun.

“Terharu dan bersyukur kerana peluang kedua untuk menjadi ibu bapa… Bridgia tak lama lagi akan menjadi seorang kakak,” katanya.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu yang kini menetap di Australia turut berkongsi beberapa foto yang memperlihatkan baby bump serta keterujaan Bridgia yang tak sabar menanti kelahiran adiknya.

Untuk rekod, Acha berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta.

Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama belajar di Universiti Limkokwing di Cyberjaya, Malaysia.

 

Sumber: IG Acha Septriasa

Be the first to comment on "“Anugerah Terindah..” Acha Septriasa Kongsi Foto ‘Baby Bump’ Di Instagram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*