“Jujur Rasa Satu Perjalanan Indah..” Jasmine Suraya Ikuti Kelas Tahfiz

Baru-baru ini, media memaparkan kisah penghijrahan pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, yang menyatakan hasratnya untuk mengenali Islam. Pelakon itu juga dilihat turut menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh usahawan Neelofa dan rakan selebriti lain. 

Terdahulu, Neelofa berkata, dia terharu dan amat berbesar hati apabila pelakon itu menyuarakan hasrat untuk menyertai majlis ilmu yang dianjurkan.

Mengikuti kelas tahfiz

“Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.

“Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.

“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ada ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.

“Cuma pada awalnya saya rasa malv kerana sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut tumpang gembira atas kemenangan karyawan yang bertanding di FFM kali ini.

Terdahulu, Jasmine pernah tersenarai sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi persembahannya di dalam filem PASKAL The Movie.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Jujur Rasa Satu Perjalanan Indah..” Jasmine Suraya Ikuti Kelas Tahfiz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*