Terpak$a K0rbankan Waktu Indah Bulan Madu, Safawi Rashid Fokus Bersama Harimau Malaya

Status ‘pengantin baru’ bukan penghalang buat kapten skuad Harimau Malaya, Safawi Rashid untuk memberi fokus terhadap kempen Piala AFF 2022 yang bakal berlangsung pada 20 Disember ini.

K0rbankan bulan madu

Safawi telah mengorbankan percutian bulan madunya serta meninggalkan isteri tersayang, Syifa Melvin sementara bagi menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula semalam.

Ujar penyerang berusia 25 tahun itu, dia tidak memikirkan mengenai percutian bulan madu kerana dalam fikirannya hanya skuad kebangsaan semata-mata.

Isteri (Syifa) sentiasa memberi $emangat dan sentiasa berada di belakang saya walau di mana saya berada.

Jika dapat membantu pasukan menang Piala AFF 2022, baru saya bincang pa$al bulan madu. Fokus sekarang adalah sesi latihan dan persediaan untuk Piala Aff.

Bawa isteri sekali

Dalam pada itu, Safawi turut memaklumkan bahawa dia bakal membawa isterinya apabila menyertai kelab baru (Ratchaburi FC) pada tahun hadapan.

Mengenai perancangan tahun depan bersama Ratchaburi FC, sudah tentu saya akan membawa isteri saya sekali ke sana.

Difahamkan, pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sah berhijrah ke kelab liga Thailand secara pinjaman bermula musim hadapan.

 

Sumber : Kosmo

Be the first to comment on "Terpak$a K0rbankan Waktu Indah Bulan Madu, Safawi Rashid Fokus Bersama Harimau Malaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*