“Proses Masukkan Embrio Matang Ke Badan Ibu..” Achey Minta Urusannya Dipermudahkan..

Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36 Achey Bocey, pelawak itu menerima hadiah istimewa daripada isterinya, Nor Hasanah Yahaya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, hadiah tersebut adalah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.

Pelakon dan pelawak, Achey berkongsi perkembangan terbaharu proses r4watanpersenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya menerusi laman Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menerusi perkongsian video tersebut, Achey atau nama sebenar, Mohd Nasir Hamzah, 36, berkata isterinya, Nur Hasanah Yahaya atau Anne telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan, baru-baru ini.

“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.

“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik.

“Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat.

“Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.

“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” tulis Achey.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Difahamkan, pasangan itu melakukan rawatan IVF di sebuah hospital pakar Masai, Johor Bahru. Turut dikongsikan dalam video itu mereka bertemu dengan Dr Thokha Muhammad yang popular di media sosial kerana sering berkongsi video inspirasi mengenai pasangan yang berjaya memperoleh cahaya mata.

 

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:  Instagram Achey

Be the first to comment on "“Proses Masukkan Embrio Matang Ke Badan Ibu..” Achey Minta Urusannya Dipermudahkan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*