“Walaupun Duduk Oversea, Dia Tetap Kena Pandai Cakap Melayu.” Dr Amalina Ajar Anak 4 Bahasa

Selepas bersalin pada Oktober lalu, pakar b3dah kelahiran Malaysia yang terkenal, Dr Amalina Che Bakri tak lokek berkongsi tip bersalin, penjagaan dalam pantang dan ilmu keibubapaan kepada pengikutnya.

Malah rata-rata pengikut Dr Amalina juga sentiasa mahu mengetahui perkembangan anak sulungnya, Arabella Mia atau nama manjanya Bella. Apa yang boleh dipuji, Amalina bersikap terbuka dan sentiasa berkongsi apa yang dilakukan olehnya untuk Bella.

Menerusi instastory Amalina baru-baru ini, dia ada memuat naik beberapa soalan yang ditanya oleh pengikutnya mengenai Bella.

Antara soalan yang ditanya adalah apa bahasa yang digunakan ketika bercakap dengan Bella?

Jawapan Amalina adalah sebagai ibu yang berasal dari Malaysia, dia akan menggunakan bahasa Melayu untuk bercakap dengan Bella manakala suaminya, Alex akan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Sekurang-kurangnya Bella boleh menguasai kedua-dua bahasa dengan baik. Bagaimanapun, Amalina dan suami juga bercadang untuk mengajar bahasa Itali dan Perancis buat puterinya itu sebagai persediaan untuk masa depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Nampak gayanya apabila Bella dah besar nanti, empat bahasa dia boleh menguasai.

Sementara itu, ada juga yang bertanya apa perasaan Amalina apabila dah jadi ibu? Malam-malam urus anak sendiri atau suami juga tolong?

Menurut Amalina, dia sangat gembira diberi peluang menjadi ibu. Dalam bab menguruskan anak, suami banyak membantu seperti ambil tugas menukar lampin, memandikan Bella dan sebagainya.

Ibaratnya kami bekerja dalam satu kumpulan dan saling membantu satu sama lain. Kebetulan juga mama ada datang, dia pun turut sama membantu dalam pantang.

Selain itu, Amalina juga turut menjawab soalan mengenai journey penyusuannya apabila ada bertanya adakah dia menyusukan Bella?

Jawapannya adalah ye dan dalam masa yang sama turut mengepam. Stok susu yang dipam itu suaminya akan beri pada Bella pula. Jadi Bella akan dapat bonding bersama mommy dan daddy.

Sebelum ini, Dr Amalina berkongsi gambar berjalan-jalan sekitar London, selepas empat hari melahirkan anaknya hingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet. Tidak kurang ada yang menyindir kerana tidak berpantang dengan betul.

Disebabkan hal itu, Dr Amalina telah memberi panduan dan caranya menjaga kesihatan. Bukan setakat 44 hari berpantang sahaja kena jaga tetapi gaya hidup sihat perlu diamalkan sepanjang masa.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Kredit: IG Dr Amalina Che Bakri 

Be the first to comment on "“Walaupun Duduk Oversea, Dia Tetap Kena Pandai Cakap Melayu.” Dr Amalina Ajar Anak 4 Bahasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*