Kongsi Gambar Sepasang Kasut Pengantin, Jasmine Suraya Beri ‘hint’ Nak Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Mengakui dirinya kini dalam proses berkenalan dengan seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya, aktres Jasmine Suraya khabarnya kini sedang dilamun cinta.

Biarpun namanya bukanlah sepopular pelakon-pelakon hebat lain seperti Mira Filzah mahupun Ayda jebat namun rezeki Jasmine dalam bidang lakonan kian mencurah-curah.

Namun begitu, disoal berkenaa jodoh, Jasmine mendedahkan dia langsung tidak tergesa-gesa untuk menamatkan zaman solo atas beberapa faktor tertentu.

Terbaharu, perkongsian foto terbaharu di laman Instagram milik pelakon Jasmine Suraya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Jasmine berkongsi sekeping foto memaparkan sepasang kasut lelaki dan perempuan yang disunting menggunakan warna mod hitam dan putih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Perkongsian tersebut sekaligus menimbulkan persoalan adakah aktres itu bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

“Saya tak pernah bermimpi untuk ada seseorang selain awak,” tulisnya pada kapsyen. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Bagaimanapun, memetik Harian Metro, aktres berusia 33 tahun itu enggan untuk mengulas mengenai hantaran tersebut.

Malah, dia memilih untuk berdiam diri dan meminta orang ramai hanya menunggu pengumuman daripadanya kelak.

“Setakat ini, saya tiada sebarang komen. Cuma tunggu sahaja pengumuman saya di IG,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, satu lagi perkongsian pada entri sama, pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu turut memuat naik gambar dengan kapsyen Save the date beserta beberapa tanda pagar #jandj dan #countingdays.

 

Sumber: Hmetro

Be the first to comment on "Kongsi Gambar Sepasang Kasut Pengantin, Jasmine Suraya Beri ‘hint’ Nak Kahwin Dalam Masa Terdekat?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*