Arja Lee Kini Pensyarah, Tenang Tinggal Di Kelantan Dah Tak Minat Dunia Glamour

Lama tak dengar cerita tentang pelakon Arja Lee, rupanya aktor itu kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak tahun lalu.

Memetik mStar Online, Arja berkata dia mengambil keputusan meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus pada kerjayanya sebagai tenaga pengajar.

Menurut Arja lagi, dia sudah tidak minat dengan dunia glamour dan lebih tenang menjalani kehidupan di Kelantan.

“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.

“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Arja berkata dia seronok tinggal di Kelantan kerana harga kos sara hidup lebih rendah serta dan lebih sederhana tanpa sebarang gangguan.

“Kos sara hidup di Kelantan lebih rendah dan saya tidak lagi perlu memikirkan h4l-h4l berka1tan dunia hiburan. Fokus saya sekarang adalah terhadap pekerjaan sebagai pensyarah dan mendidik anak bangsa,” katanya.

Berkongsi lanjut, Arja berkata dia sememangnya menyimpan impian untuk bergelar seorang pendidik dan bersyukur diterima sebagai pensyarah.

Dalam pada itu, Arja yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata dia bakal menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak lama lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Arja Lee (@arjalee)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Arja Lee Kini Pensyarah, Tenang Tinggal Di Kelantan Dah Tak Minat Dunia Glamour"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*