Dah Nampak ‘Baby Bump’, Comelnya Eriyca Baiduri

Penampilan terkini usahawan yang kini sedang hamil tiga bulan, Eriyca Baiduri mencur1 perhatian wargamaya apabila figuranya itu yang dirakam secara kandid telah dikongsikan di platform TikTok, pada Selasa.

Menerusi akaun Tik Tok tersebut, ia merakamkan Eriyca yang sinonim disapa sebagai Madammu sedang bercakap dengan seseorang sebelum berpaling ke arah lensa yang merakamkan dirinya.

“Wah comelnya Madammu,” tulis kapsyen pada akaun perniagaannya, Noir Health & Beauty itu.

m,

Menerima hampir 700,000 kali tontonan, ruangan komen pada klip video terbabit dibanjiri dengan ucapan tahniah serta ada di antara pengguna Tik Tok yang saling berkongsikan pengalaman.

“Cepat betul perut dia dah naik, aku pulak excited haha.”

“Madam berapa bulan. Saya lima bulan tak nampak sangat baby bump huhu.”

“Mesti lawa anak Madam dengan TP sebab anak TP pun cantik, handsome.”

“Comey Madam preggy.”

“Ala cute laa. Semoga dipermudah semuanya ya Madam.”

“Comelnya Madam. Semoga Madam dengan baby sentiasa sihat, Aamin.”

Terdahulu, pasangan ini akhirnya dimakbulkan doa bakal dikurniakan cahaya mata sulung bersama selepas tujuh tahun penantian.

Bukan satu rahsia lagi, usahawan jelita itu juga sebelum ini secara terbuka berkongsi perjalanannya melakukan in vitro fertilization (IVF) di media sosial miliknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:MH

Be the first to comment on "Dah Nampak ‘Baby Bump’, Comelnya Eriyca Baiduri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*