Hampir 3 Bulan Kahwin, Suami Ded4h Jarang Dapat Jumpa Mas Idayu

Sudah hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Mas Idayu memberitahu dia dan suami, Muhammad Sufian Isa jarang berjumpa disebabkan sibuk dengan kerja.

Memetik mStar Online, Mas Idayu berkata dia dan suami banyak berkomunikasi melalui telefon untuk bertanya khabar serta berkongsikan aktiviti masing-masing.

“Kami memang jarang berjumpa sebab sibuk dengan pelbagai kerja tetapi kalau balik tak dapat jumpa salah seorang, kami pastikan akan berkomunikasi menerusi telefon. Seorang dekat Shah Alam, seorang lagi di Rawang… nampak macam suami isteri tetapi macam tak,” katanya.

Bagaimanapun, Mas Idayu berkata jika dia dan suami seperti pasangan bercinta dan tidak dapat dipisahkan sekiranya bertemu.

“Tapi bila jumpa kami macam pasangan baru bercinta!,” katanya.

Menurut Mas lagi, dia dan suami tidak sabar menantikan kedatangan bulan Ramadan kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan ibadah.

“Kalau untuk tahun depan, saya rasa quality time kami adalah pada bulan Ramadan. Insya Allah, Ramadan nanti kita nak bersama-sama dengan keluarga… tiadalah nak ambil program-program berat,” katanya.

Dalam pada itu, Sufian mend3dahkan dia hanya bertemu dengan Mas Idayu maksimum dua kali dalam seminggu, namun dia memahami isterinya sibuk dengan kerjayanya sebagai selebriti.

“Dalam seminggu pun kami jumpa sekali dua sahaja… tapi pada kami perasaan rindu itu sentiasa ada.

“Bila sudah berkahwin ini, asalkan saya tahu saya ada isteri dan Mas tahu dia ada suami, jadi masing-masing pandai jaga diri… saya rasa tiada masalah. Alhamdulillah setakat ini kami masih bercinta dan harap terus menyayangi sehingga akhir hayat,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Hampir 3 Bulan Kahwin, Suami Ded4h Jarang Dapat Jumpa Mas Idayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*