Mungkin Ini Hikmah Allah Nak Hadiahkan Pada Aku..” Rita $ebak, Anak Sulung Kini Penghafaz Quran

Selepas mendapat perhatian kerana nampak kacak seperti bapanya yang juga pemain bola $epak, Aidil Zafuan, anak sulung pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan, sekali lagi mencvri tumpuan netizen.

Hafaz Al-Quran

Ini kerana, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Rita di akaun TikTok miliknya, dia mendedahkan bahawa anak sulungnya itu akan kini sedang dalam proses menghafaz kitab suci, Al-Quran.

Bukan itu saja, Airit juga difahamkan akan menjalani rutin ‘pemeriksaan’ bacaan ayat-ayat Al-Quran bersama dengan Rita setiap kali pulang ketika cuti persekolahan.

Setiap kali cuti, waktu Maghrib dia akan minta mommy dan adik untuk check semula bacaan hafazan dia dari Juzuk 1. Dia takut dia lupa.

Hati $ebak anak semakin besar, dewasa

Dari video yang sama, Rita turut meluahkan rasa sebak apabila melihat kedua-dua anak lelakinya semakin meningkat dewasa dan menghargai setiap masa yang diluangkan bersama mereka.

$ebak hati sebenarnya tengok anak-anak dah besar. Dalam hati mommy cakap, ‘mungkin ini hikmah Allah nak hadiahkan pada aku. Walaupun kami tak sempurna macam orang lain, tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku’.

Perkongsian itu juga mendapat respon positif dari netizen di bahagian komen dengan memuji kesungguhan Rita dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

Komen netizen

Video:

 

Sumber: TikTok @ritrud727

Be the first to comment on "Mungkin Ini Hikmah Allah Nak Hadiahkan Pada Aku..” Rita $ebak, Anak Sulung Kini Penghafaz Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*