Neelofa Dedah Rutin Doa Suami – “Kalau Solat Berjemaah, Dia Punya Doa, Kita Sampai Lenguh Tangan”

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa mendedahkan beberapa jenis doa harian yang sering diamalkan oleh dia dan suami, PU Riz secara rutin menerusi sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial baru-baru ini.

Menerusi sepotong rakaman video yang dimuat naik kembali oleh pengguna Internet, Neelofa berkata, antara doa yang diamalkan oleh suaminya dipetik daripada buku Al-Mathurat.

“Saya sebagai saksi nak cakap sebagai seseorang yang hari-hari duduk dengan dia (PU Riz). Kalau solat berjemaah, dia punya doa ni, kita sampai lenguh tangan.

“Tahu tak buku Al-Mathurat pagi… kalau zikir atau pagi atau zikir petang tu kan, satu buku teruslah dia baca. Tapi tanpa buku pun dia dah hafal dah. Almost 80 to 90 percent doa dalam tu dia akan baca.

“Macam saya, tak biasa lah benda tu, lama-lama saya tahu yang pentingnya kita ambil tahu dan hafal doa-doa dalam Al-Quran dan juga doa-doa dalam hadis. Hal itulah specialnya, sebab itu yang tertulis dalam kitab dan yang disebut oleh nabi,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa menambah, dia berasa lebih yakin dan selamat untuk mengamalkan doa-doa daripada Al-Quran dan hadis, di samping doa harian yang lain.

“Tapi sebenarnya, kalau kita ada ilmu doa-doa daripada hadis dan Al-Quran ni, kita rasa lebih secure dan confident untuk berdoa.

“Sebab contoh, kalau saya ada masalah, saya perbanyakkan doa-doa yang permudahkan urusan.

“Banyak sebenarnya doa-doa yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian… kemudian on top of that kita tambah doa kita sendiri,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Neelofa Dedah Rutin Doa Suami – “Kalau Solat Berjemaah, Dia Punya Doa, Kita Sampai Lenguh Tangan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*