Masya Allah, Cantiknyaaa Ameera. Noor Kartini Tunai Umrah Bersama Ameera Khan

Figura bergelar Datin Noor Kartini Noor Mohamed memang sudah tidak a$ing lagi bagi netizen Malaysia. Segala sorotan perihal keluarga ini sudah pasti akan menjadi bualan warganet.

Terbaharu, ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Berita itu dimaklumkan olehnya menerusi hantaran di Instagram (IG) pada Sabtu.

Noor Kartini memaklumkan pemergian dia ke rumah Allah ditemani anak perempuannya, Ameera Khan.

Kartini memohon maaf seandainya mempunyai salah dan dalam masa sama meminta orang ramai untuk mendoakan agar ibadah Umrahnya dipermudahkan.

“Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, saya bersama anak saya little miss khan (Ameera) akan menunaikan umrah.

Jika ada salah silap tutur kata atau perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja kami mohon maaf, dan doakan perjalanan dan ibadah kami, sayang semua,” tulisnya pada kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini)

Sementara itu, Neelofa, 33, turut menitipkan doa agar Allah SWT menerima semua amalan yang dilakukan oleh ibu dan adik perempuan tercinta.

Untuk Info, Datin kartini merupakan antara pemilik perniagaan Naelofar Hijab yang diusahakannya bersama keluarga, dan anak-anak. Beliau turut mengasaskan produk Young & Glow Foundation.

 

Sumber: Instagram @noorkartini

Be the first to comment on "Masya Allah, Cantiknyaaa Ameera. Noor Kartini Tunai Umrah Bersama Ameera Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*