“Yang Single Mer0nta-r0nta..” Peminat Kesepian, Najwa Latif Dipayungi Suami Ketika Menyanyi Tengah Hujan

Sejak semalam, tular beberapa video memaparkan penyanyi, Najwa Latif hadir membuat persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama suaminya, Akwa Arifin.

Bagaimanapun, apa yang mencvri perhatian ramai adalah tindakan seorang suami memayungi isteri ketika membuat persembahan apabila hujan secara tiba-tiba mulai turun membasahi bumi.

Menerusi beberapa video tular berkenaan, Najwa dilihat sedang membuat persembahan menyanyikan lagu berjudul Sahabat.

Apa yang menjadi perhatian apabila peminat bersorok kegembiraan sebaik sahaja melihat Akwa datang menghampiri dan memayungi isterinya dengan penuh romantis.

Malah, peminat juga menyatakan perasaan apabila berasa semakin ‘sendu’ dan kesepian sebaik sahaja melihat tindakan Akwa yang datang secara tiba-tiba lalu ‘payung’ isterinya daripada mandi hujan.

Selain itu, ada juga netizen cuba mengingatkan penyanyi berusia 27 tahun itu bahawa dia pernah memegang jawatan ‘President Single’ suatu ketika dahulu sebelum berkahwin dengan Akwa.

Tidak kurang juga, ramai netizen dilihat berselor0h kononnya terasa dengan adegan romantis yang ditunjukkan oleh pasangan selebriti tersebut. Selain itu, mereka juga  tidak seharusnya ‘bangun’ dari tidur awal semata-mata melihat aksi mesra antara Najwa dan Akwa.

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu tiba-tiba mengumumkan mereka selamat diijabkabulkan pada 11 November lalu selepas tiga tahun berkenalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : OMM

Be the first to comment on "“Yang Single Mer0nta-r0nta..” Peminat Kesepian, Najwa Latif Dipayungi Suami Ketika Menyanyi Tengah Hujan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*