Kongsi Foto Bersama Seorang Wanita Di IG, Ramai Teruja Lihat Bad Indigo Sedang Bahagia!

SELEPAS mengumumkan perceraian dengan Ashira sekitar Jun lalu, penyanyi Bad Indigo memberitahu dia sudah bertemu pengganti bagi mengisi kekosongan hati.

Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, bagaimanapun enggan mend3dahkan status dan identiti teman wanitanya itu dan hanya akan memaklumkan apabila tiba masanya.

“Kalau orang ucap tahniah saya terima sahaja dan balas dengan ucapan syukur. Apa boleh saya katakan sekarang ini, saya bahagia yang melampau!

“Kalau sudah bahagia itu tak mungkinlah seorang diri. Tapi status sekarang ini saya masih belum sedia untuk kongsi. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai,” katanya kepada mStar.

bad 1

Bad akui kini sedang bahagia.

Bad terdahulu berkongsi di Instagram memberitahu dia kini sedang gembira dengan memuat naik gambar seorang wanita namun hanya menunjukkan separuh bahagian muka.

Menerusi ruangan komen, ramai yang sudah mengucap tahniah dan menjangkakan Bad akan kembali berumah tangga.

Bercakap soal cinta, kata Bad, dia tidak pernah menutup hatinya untuk kembali menerima seseorang selepas rumah tangganya dengan Ashira berakhir.

Kata Bad, soal hati dan perasaan adalah milik Allah dan apa yang berlaku adalah semua ketentuan daripada-Nya.

“Hati ini milik Allah. Saya pun tak pernah tutup hati untuk menerima orang baru. Kalau Allah sudah kata jadi maka jadilah ia.

“Saya sangat gembira apabila ramai yang memberi ucapakan tahniah. Barulah saya tahu mereka semua mendoakan untuk saya terus bahagia. Terima kasih atas semua doa itu,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)

Untuk rekod Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan itu merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

bad 3

Bad bersama dua rakannya masih kekal membawa nama Indigo.

Dalam perkembangan lain, Bad yang dilihat aktif memuat naik video nyanyian di laman sosial memberitahu ia adalah tanda dia dan anggota Indigo lain masih bersama sebagai sebuah kumpulan.

“Selalunya orang hanya kenal nama kumpulan Indogo dan lagu kami sedang mereka tidak tahu setiap satu anggotanya. Kalau ada yang menamakan saya sebagai bekas anggota Indigo itu adalah tidak benar!

“Sebab itu saya selalu buat nyanyian cover di media sosial supaya orang tahu kewujudan kami. Diharapkan selepas ini akan terima lebih banyak undangan,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kongsi Foto Bersama Seorang Wanita Di IG, Ramai Teruja Lihat Bad Indigo Sedang Bahagia!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*