Maintain Sihat Di Usia 76 Tahun, Makmah Dipuji Ramai! Emelda Rosmila Titip Pesanan Buat Ibu Mertua

Hari ini genaplah usia seniwati legenda, Ruminah Sidek mencecah 76 tahun. Dalam perkongsian terbaharu Emelda Rosmila atau Mel, isteri kepada Adlin Aman Ramlie ini sempat menitipkan doa buat ibu mertuanya sambil memuat naik beberapa foto bermakna mereka berdua.

Menyifatkan Ruminah Sidek sebagai ibu yang sporting, Mel yang kini berusia 42 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta sejak tahun 2009.

“Happy Birthday Ibu Mertuaku Seniwati Ruminah Sidek. MiL yg sporting. Semoga panjang umur mak, sihat selalu dan berada dalam rahmat Allah swt. 76 years young.” Mel

Pada usia 76 tahun, wanita ini masih kelihatan sihat dan aktif dalam dunia lakonan. Nampak ceria dan kelakar seperti biasa. Rezeki Emelda Rosmila dapat ibu mertua yang baik dan penyayang.

Seniwati yang mesra disapa Mak Mah itu, turut dihujani ucapan dan doa daripada para penggiat seni terutamanya pelakon-pelakon muda yang pernah bekerjasama dengannya. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1946 di Klang, Selangor.

Seorang yang menyenangkan, kelakar dan berbakat besar, seniwati Ruminah Sidek mula terlibat dalam bidang lakonan sejak awal tahun 60-an. Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah allahy4rham Aman Ramlie Tompel (A.R. Tompel).

Di antara anak-anaknya adalah pelakon, pengacara dan penggiat teater Adlin Aman Ramlie serta allahy4rham Amran Tompel.

Mula dikenali dengan watak Norma dalam filem Anak Bapak, langkah Ruminah Sidek terus cemerlang dalam pelbagai filem Melayu antaranya Langit Tidak Selalu Cerah, Mira Edora, Puteri Gunung Ledang, Zombi Kampung Pisang serta ratusan drama dan telefilem.

Malah sehingga ke hari ini, nama Ruminah Sidek masih terus segar dalam industri. Beliau banyak membintangi filem mistik dan drama televisyen, selain dijemput sebagai tetamu jemputan dalam Muzikal Lawak Superstar 3 di saluran Astro Warna.

Semoga wanita legenda dalam industri perfileman negara ini terus diberi kesihatan yang baik dan usia yang diberkati. Happy birthday Mak Mah!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Emelda Rosemila/NONA

 

Be the first to comment on "Maintain Sihat Di Usia 76 Tahun, Makmah Dipuji Ramai! Emelda Rosmila Titip Pesanan Buat Ibu Mertua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*