Smpena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, Johan Tilawah (Qariah) Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabangsa Nor Farhatul Fairuzah Panut termasuk antara 17 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
Menerusi laman Instagram, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 itu meluahkan rasa kesyukuran sambil berkongsi beberapa keping gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain.
Dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)
View this post on Instagram
Antaranya adalah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Puteri Sultan Selangor Tengku Zatashah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin $emangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Be the first to comment on "Johan Tilawah Peringkat Antarabangsaan, Farhatul Fairuzah Terima Darjah Kebesaran Sultan Selangor"