“Tahniah, Awak Suami Yang Hebat..” Bantu Isteri Lipat Baju, Jep Dipuji Suami Mithali

Dalam rumahtangga pastinya bekerjasama dan bertolak ansur menjadi antara sebab perkahwinan sejahtera. Tiada istilah kerja itu isteri kena buat dan suami tak perlu bantu. Semua kerja rumah dibuat bersama-sama.

Bila suami bantu isteri buat kerja rumah pastinya sedikit sebanyak meringankan beb4n dan membuatkan wanita terbahagia. Itu antara tips buat mereka yang sudah berkahwin demi rumahtangga bahagia.

Baru-baru ini pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dilihat bantu isterinya, Sari Yanti melipat kain. Dalam rakaman yang dimuat naik oleh pelakon, Sari Yanti, dipaparkan suaminya itu langsung tidak kekok membantunya membuat kerja rumah.

Berikut adalah rakaman Jep Sepahtu bantu buat kerja rumah yang dikongsikan menerusi akaun TikTok Sari Yanti baru-baru ini:

Kelihatan Jep seakan sedang membebel sambil tangannya bergerak menyiapkan lipatan baju tersebut. Apa-apa pun Sari Yanti menulis bersyukur sebab suaminya itu membantu urusan di rumah.

“Alhamdulilah suami membantu urusan di rumah akan lahirlah kasih sayang yang membawa kepada sakinah, mawaddah dan rahmah” – Sari Yanti

Video:

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kerajinan Jep Sepahtu bantu buat kerja rumah ini. Malah ada yang menganggap Jep Sepahtu seharusnya menjadi contoh kepada insan bergelar suami.

Seorang pengguna TikTok dengan nama akaun ZettyAnaqi meninggalkan komennya yang kagum dengan sikap Jep ini seperti berikut:

“Suami yg kaya tu bonus..tp yg penting setia, rajin dan blh btolak ansur je..semoga dpt suami yg mcm ni amin”

“Hang hebat jep…contoh suami mithali”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Syor

Be the first to comment on "“Tahniah, Awak Suami Yang Hebat..” Bantu Isteri Lipat Baju, Jep Dipuji Suami Mithali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*