“Cantiknya Bakal Raja Sehari..”- Sekitar Majlis Tunang Reen Rahim Kini Tvlar?

Sebut sahaja nama Reen Rahim sememangnya dia cukup popular disebabkan bakatnya. Membawa pelbagai jenis watak, Reen Rahim berjaya membuatkan namanya semakin melonjak naik apabila dia berjaya membuatkan peminat menyukai lakonannya terutama dalam membawa watak sebagai Kak Su dalam drama berjudul Pujaan Hati Kanda.

Walau bagaimanapun, Reen Rahim juga disenangi ramai kerana jarang terpalit kontroversi mengenai soal cinta sehinggakan kelmarin, Reen Rahim mend3dahkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr.H yang mana menerusi sumber, dia belum bersedia berkongsi tarikh dan identiti jejaka berkenaan kerana risau peny4kit ain.

Reen Rahim dalam majlis pengumuman perkahwinannya di Irama Dining, Kuala Lumpur berkongsikan persiapan perkahwinan yang mana dia juga meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta untuk penganjuran tiga majlis. Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini juga difahamkan telah bertunang dengan jejaka berkenaan pada Ogos lalu.

Meskipun begitu, satu rakaman video yang dipercayai majlis tunang Reen Rahim membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai di platform popular ini apabila ramai menghujani dengan ucapan tahniah.

Ini majlis tunang Reen Rahim?

Dalam pada itu, netizen dan peminat juga memuji kerana pihak Reen Rahim pandai menyimpan rahsia dan turut terpukau melihat kecantikan Reen Rahim dalam video tersebut.

‘Hebat semua simpan rah$ia…’

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Syor 

Be the first to comment on "“Cantiknya Bakal Raja Sehari..”- Sekitar Majlis Tunang Reen Rahim Kini Tvlar?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*