“Lepas habis Pantang Je Saya Dah Cuba Dah…” Emma Maembong Jawab Khabar Angin Hamil Anak Ke-2

Pelakon Emma Maembong mengambil pendekatan tidak menafikan atau mengiyakan mengenai desas desus dirinya kini hamil anak kedua.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dan akan berkongsi kepada umum sekiranya hamil.

Masih mencuba

“Buat masa ini, saya tak nak cakap apa-apa. Sebabnya, saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan $akit. 

“Sama juga kalau saya kata tak ada, kemudian tiba-tiba ada (hamil), saya ‘happy’ (gembira) dan tak semua orang akan gembira tengok kita ‘happy’.  H4l zuriat ni adalah satu h4l yang $ensitif. 

“Cuma apa yang boleh saya katakan, saya memang mengharap sangat diberikan rezeki (hamil) dalam tempoh terdekat,” katanya. 

Emma mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang berlangsung di sebuah hotel, semalam.

Emma berkata demikian pada majlis sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.

Dalam pada itu, Emma menjelaskan yang dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar tidak pernah merancang jarak usia anak-anak jika suatu hari nanti mereka dikurniakan lebih daripada seorang cahaya mata.

“Dari dulu… dari zaman bujang sampailah ada suami, memang saya nak anak ramai. Setengah orang nak satu, dua tapi tidak bagi kami. Lepas pantang je saya dah cuba dah, let’s go team bola!

“Tapi Allah Maha Besar… anak pun dah berusia dua tahun. Selagi belum ada, saya tak nak cakap apa-apa,” luah Emma yang turut mengakui sunyi tinggal bersama suami dan seorang anak memandangkan dia sendiri mendewasa dalam satu keluarga yang besar.

Sekadar info, Emma berkahwin dengan juruterbang Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, pasangan dikurniakan seorang cahaya mata pada 8 November 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Gempak, IG Emma Maembong

Be the first to comment on "“Lepas habis Pantang Je Saya Dah Cuba Dah…” Emma Maembong Jawab Khabar Angin Hamil Anak Ke-2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*