“Musim Sejuk Pertama Fatima” Kongsi Momen Bercuti Di Jerman, Fazura Buat Peminat Teruja

Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi momen membawa puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya bercuti di Jerman, semalam.

Menerusi hantaran di TikTok, Fazura telah memuat naik video gelagat anak mereka yang teruja sampai ke negara itu buat pertama kali.

“Fatima’s first winter holiday. Mula mula actionnn tak nak pakai jacket, pastu dia cakap “nyamma sejukkk” baru minta nak pakai 😂,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, ia juga adalah percutian musim sejuk yang pertama buat anak perempuannya Nur Fatima Aisya.

Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 39 tahun itu memuat naik beberapa foto dan video memaparkan momen rawak sepanjang berada di negara tersebut.

Turut kelihatan suaminya, Fattah Amin yang juga seorang aktor mengenakan pakaian sejuk selain beberapa ahli keluarga serta kenalan terdekat.

“Alhamdulillah.. we made it to the first leg of our holiday. It’s Fatima’s first winter holiday.. #masyaallahtabarakallah and hello Germany!,” tulis Fazura.

Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat memberikan kata-kata positif berharap pelakon filem J Revolusi itu dan ahli keluarganya menikm4ti percutian berkenaan dengan penuh gembira.

 

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan puteri sulung itu pada 2 Oktober 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Fazura

Be the first to comment on "“Musim Sejuk Pertama Fatima” Kongsi Momen Bercuti Di Jerman, Fazura Buat Peminat Teruja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*