“Kenapa orang tak suka dekat Aunty?”- Shuib Akui Anak-Anak Ada Bertanya Kenapa Ramai Tak Suka Watie

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu meluahkan isi hati apabila bercerita mengenai temannya, Watie Hanifiah yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan mesra sebagai kekasih.

Ujar Shuib yang ditemui Gempak, anak-anak ada bertanyakan mengapa ramai netizen tidak menyukai Watie meskipun mereka sudah lama mengenali wanita itu dan sudah selesa bersama.

Kenapa orang tak suka dekat Aunty (Watie)? Apa salah dia? Anak saya cakap begitu.

Jujurnya, anak-anak saya dah lama mengenali Watie. Mereka pun mengunci mulut mengenai Watie. Tapi, apabila ramai dah tahu, mereka pula mengusik saya, dah kant0i.

Tambahnya lagi, hal perkahwinan adalah perkara yang menyedihkan dan akan meminta pandangan daripada ibunya jika benar dia ingin mengenali rapat seseorang.

Restu ibu sangat penting selain keselesaan anak-anak.

Kata duda kepada empat orang anak itu, restu ibu sangat penting selain keselesaan anak-anak.

Terdahulu, nama Watie menjadi bualan netizen apabila wanita itu sering dilihat bersama Shuib dan anak-anak ketika berada di tempat awam.

Shuib walau bagaimanapun enggan membuka mulut dan hanya menafikan mengenai dakwaan dia akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun hadapan bersama wanita itu.

 

Sumber: Foto Ig Shuib Sepahtu

Be the first to comment on "“Kenapa orang tak suka dekat Aunty?”- Shuib Akui Anak-Anak Ada Bertanya Kenapa Ramai Tak Suka Watie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*