Berdoa Nak Jumpa Mufti Menk, Alif Satar Tak Sangka Ulama’ Besar Tersebut Ada Di Sebelah

Sepanjang membina namanya dalam karier seni, Alif Satar, dilihat bersih daripada sebarang cerita $ensasi. Sejak muncul dalam program realiti One In A Million (OIAM) ketika berusia 16 tahun hinggalah berstatus suami dan bapa kepada dua anak, Alif ‘bersih’ g0sip serta meniti populariti dengan bersandarkan bakat.

Mengetengahkan bakat sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, kini dia mampu tersenyum puas.

Terbaharu, Alif dan ahli kumpulan Alif Satar & The Locos, mereka telah mengambil keputu$an untuk berangkat mengerjakan umrah bersama-sama.

Perkongsian Alif di Instagram sewaktu berada di Madinah benar-benar membuatkan ramai ‘cembvru’ apabila secara kebetulan bertemu dengan ulama’ terkemuka dunia, Mufti Menk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Dia yang sempat bergambar dan bercakap sebentar dengan ulama tersebut mengakui begitu teruja apabila sebelum ini hanya mampu melihat di media sosial sahaja.

Ujar Alif lagi, sebenarnya dia memang berniat mahu bertemu dengan Mufti Menk dan sempat bertanya kepada petugas kebersihan di masjid berkenaan tentang keberadaan ulama berkenaan.

“Saya menonton IG live beliau dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya..Saya tahu ia agak $ukar di tengah lautan manusia. Siap tanya cleaner  lagi ada jumpa Mufti Menk tak? Tapi dia kata tiada,

“Dalam hati saya berkata “InsyaAllah.. kalau rezeki saya, Allah akan tunaikan”. Kemudian, dengan kua$a Allah, beliau muncul dan berdoa di sebelah saya. ALLAHUAKHBAR. Saya sangat gembira bertemu dengannya secara per1badi.

Terima kasih untuk semua video yang anda lakukan, ia membantu saya melalui masa yang $ukar. Semoga Allah memudahkan segalanya untuk anda. AAMEEN,” tulisnya.

Mufti Menk turut meninggalkan komen di ruangan Instagram Alif dengan berdoa agar selebriti itu terus berada dalam kasih Sayang Allah.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata daripada mereka memuji kebesaran Allah dan terharu dengan kisah hebat dari Alif Satar di Tanah Suci.

Ada juga daripada mereka turut berdoa suatu hari nanti dapat bertemu dengan ulama besar itu dan berharap ibadah yang sedang dikerjakan Alif serta rakan-rakannya dipermudahkan Allah S.W.T.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Alif Satar

Be the first to comment on "Berdoa Nak Jumpa Mufti Menk, Alif Satar Tak Sangka Ulama’ Besar Tersebut Ada Di Sebelah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*