Umum mengetahui, suami kepada pelakon Mia Ahmad iaitu Izham Tarmizi akan beraksi sebagai salah seorang pemain pasukan Sri Pahang FC untuk Liga Malaysia musim hadapan.
Susulan itu, Mia akur apabila terpak$a. mengikut suami berpindah dari Johor ke negeri Pahang. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Mia ada berkongsikan proses penghijrahan mereka.
Dalam video tersebut, Mia juga mengakui berasa sebak untuk meninggalkan negeri Johor apatah lagi banyak memori tercipta sepanjang berada di negeri tersebut.
Video:
View this post on Instagram
“Ucapan selamat tinggal memang sentiasa menjadi sesuatu yang sukar untuk diucapkan terutamanya untuk orang yang kita sayang, memori yang terbina,” tulisnya.
Bagaimanapun, Mia menjelaskan video tersebut sekadar perkongsian untuk menunjukkan rasa syukur dan penghargaan mereka buat negeri Harimau Selatan dan bukannya untuk meraih simpati.
Perkongsian Mia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya buat Izham di dalam pasukan baru.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "‘Terima Kasih JDT Untuk Segalanya’ – Ikut Suami Pindah Ke Pahang, Mia Ahmad $edih Tinggalkan Johor"