Nenek ‘Gorgeous’! Aida Khalida Cantik Semula Jadi Usia 65 & Masih Aktif Dunia Seni.

Nama Aida Khalida bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan pelakon veteran tersebut masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini. Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.

Sinonim menjayakan watak ibu, Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad meniti usia 65 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, Aida bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek kepada lima orang cucu.

Kredit Instagram @aidakhalida11

Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.

Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pemb3dahan muka.

Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mend3dahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.

Kredit Instagram @aidakhalida11

Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).

Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”

Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Nona

Be the first to comment on "Nenek ‘Gorgeous’! Aida Khalida Cantik Semula Jadi Usia 65 & Masih Aktif Dunia Seni."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*