Hubungan Adik-beradik Renggang, Zaki Kekok Jumpa Osama

Umum mengetahui, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah mempunyai dua anak remaja yang mewarisi bakat nyanyiannya. Hasil perkongsian hidup dengan isteri-isteri dahulu, maka lahirlah Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16, yang berlainan ibu.

Terl1bat dalam program realiti Famili Duo

Terbaharu, kedua-dua anak lelakinya, Osama Yamani dan Zaki Yamani terbab1t dalam program realiti Famili Duo terbitan TV3 dikatakan bakal merapatkan semula hubungan adik-beradik yang renggang.

Zaki berkata, sejak abang sulungnya itu berpindah ke Sekolah Seni Johor pada usia 14 tahun, dia sudah jarang berjumpa dan hubungan mereka sudah tidak seperti dahulu. 

“Kami jadi kekok setiap kali bertemu di acara hiburan dan tak tahu apa nak dibualkan.

“Saya harap pembab1tan dalam program Famili Duo akan membuka satu peluang untuk kami kembali rapat sebagaimana ketika waktu kecil dulu,” katanya.

Sementara itu, Osama turut berharap gandingan mereka dalam program itu dapat membuatkan bapanya bangga sekali gus mendekatkan hubungan mereka sekeluarga.

“Saya nak babah bangga apabila industri hiburan mempertemukan kami adik-beradik.

“Selain program Famili Duo, kami merancang menghasilkan single duet bersama. InsyaAllah, kami akan fokus mencari karya yang bersesuaian selepas program realiti ini,” katanya.

Program Famili Duo musim kedua akan bersiaran mulai esok, jam 9 malam di TV3.

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZAKI YAMANI 🖤 (@zakiyamani._)

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang lahir pada Februari lalu.

 

Sumber: HMetro

Be the first to comment on "Hubungan Adik-beradik Renggang, Zaki Kekok Jumpa Osama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*