“Rawatan IVF Gagal, Achey Redha..” Berharap Agar Isteri Diberikan Kekuatan

Seperti yang sedia maklum, sebelum ini pelawak, Achey pernah berkongsi dia dan isteri menjalani rawatan persenyawaan in vitro atau singkatnya IVF.

Menyifatkan hadiah istimewa buat suami sempena hari lahir Ogos lalu, isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya, 32, mengambil keputusan untuk menjalani IVF sebagai usaha menimang cahaya mata sendiri.

Terdahulu, menerusi perkongsian Achey di laman Instagram, pelawak itu memaklumkan proses IVF mereka telah memasuki fasa penting.

Rawatan tidak berjaya

Terbaru, Achey memaklumkan berita $edih kerana rawatan tersebut tidak berjaya selepas menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan pada awal Disember ini.

Dalam video dikongsikan, Achey dilihat menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda selepas menerima perkhabaran tersebut.

 Redha belum ada rezeki buat mereka

Kata Achey, dia redha dengan ketentuan rezeki dan menganggap kali ini bukan rezeki buat mereka. Dia juga berharap agar isterinya kekal kvat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang berharap pasangan itu terus sabar dan kembali kvat serta tidak putu$ asa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.

 

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "“Rawatan IVF Gagal, Achey Redha..” Berharap Agar Isteri Diberikan Kekuatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*