Wajah Sipi-Sipi Ameera Khan Ketika Umrah Dipuji Cantik, Ada Iras Wanita Turkiye!

Di antara adik-beradik selebriti popular, Neelofa, personaliti media sosial iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular.

Bagaimanapun, sejak Julai lalu nama Ameera menjadi bualan apabila dia menghilangkan diri dari media sosial sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.

Baru-baru ini Ameera dikhabarkan menunaikan ibadah umrah bersama ibunya Datin Noor Kartini. Menerusi Instagram, Datin Kartini ada berkongsikan gambar bersama Ameera di Tanah Suci Mekah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini)

Meskipun gambar Ameera hanya dapat dilihat sipi-sipi sahaja namun rata-rata netizen memuji kecantikan personaliti media sosial itu.

Diruangan komen, ada netizen menyangkakan wanita disebelah Datin Kartini wanita Turkiye, rupanya Ameera Khan. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa rindu untuk melihat Ameera seperti biasa di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Wajah Sipi-Sipi Ameera Khan Ketika Umrah Dipuji Cantik, Ada Iras Wanita Turkiye!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*