“Jasa Bibik Yang Tiada Ternilai..” Ustazah Norhafizah Sanggup Terbang Ke Bandung Sebab Rindukan Bibik Lama

Baru-baru ini, pend4kwah terkenal, Datuk Ustazah Norhafizah Musa memuat naik satu gambar di Instagramnya menunjukkan beliau melawat seseorang yang pernah rapat dengan beliau suatu ketika dahulu yang membuatkan para warganet sebak dan terharu.

Ustazah Norhafizah pergi di Bandung, Indonesia untuk melawat salah seorang bekas pembantu rumahnya yang pernah berkerja dengannya sewaktu ketika dahulu sudah berkhidmat selama 18 tahun namun terpaksa pulang ke tanah air untuk menjada ibunya.

Dengan bantuan pembantu rumah yang sekarang, Ustazah berkesempatan untuk berjumpa semula dengan bekas pembantunya itu.

Alhamdulillah .

Bertemu kembali dengan Bibik Empu Sumirta, insan berjasa membantu menjadi pembantu rumah dan pengasuh anak2 sejak anak2 lahir hingga besar. Sepanjang 18 tahun. Bibik terpaksa mengambil keputusan pulang beberapa tahun sudah, kerana sudah berusia dan ingin menemankan ibu beliau yg sudah tua.

Syukur padaMU Ya Allah, yg menghadirkan insan yg baik2 dalam hidup kami. Semoga Allah menghimpunkan kita semua nanti dalam Syurga Firdaus. Aamiin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ustzh Datuk Dr Norhafizah Musa (@ustazahnorhafizahmusa)

Penyatuan antara mereka membuatkan warganet terharu dengan hubungan yang terjalin antara majikan dan juga bekas pembantu tersebut dan penyatuan itu juga dipermudahkan dengan pertolongan orang yang terdekat.

“Dapat Bibik Yang Baik Pun Memang Rezeki Yang Tak Ternilai”

Sekadar info, Datuk Dr. Norhafizah Musa merupakan seorang ahli akademik dan personaliti d4kwah di Malaysia. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Murai

Be the first to comment on "“Jasa Bibik Yang Tiada Ternilai..” Ustazah Norhafizah Sanggup Terbang Ke Bandung Sebab Rindukan Bibik Lama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*