Berikutan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini, sudah pasti ramai yang berada di hadapan televisyen masing-masing bagi menyaksikan berita mengenai beberapa negeri yang terl1bat banjir.
Datuk Seri Siti Nurhaliza juga seorang yang berbakat menjadi pengulas ramalan cuaca
Siapa sangka dari seorang penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga seorang yang berbakat menjadi pengulas ramalan cuaca seperti mana tvlar sebuah video di media s0sial.
Laporan tersebut disiarkan menerusi slot Berita Wilayah dan Berita Perdana yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) masing-masing pada jam 5 petang dan 8 malam.
Menjengah ke platform TikTok milik RTM, mereka memuat naik video Siti sedang menyampaikan info berkaitan keadaan cuaca , ramalan serta nasihat ringkas kepada penonton yang berdepan dengan kawasan berisik0 tinggi.
“Ni betul-betul Siti Nurhaliza, bukan cubaan,”tulis RTM di ruangan hantaran berkenaan.
Video:
Rata-rata warganet terutama peminat Siti Nurhaliza itu meluahkan keterujaan dan tidak sangka dapat melihat artis kegemaran mereka menjadi pengulas ramalan cuaca di kaca televisyen.
Memetik lap0ran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berbesar hati atas kesudian penyanyi nombor satu negara berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember.
“Kolaborasi itu diharap dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” katanya di Facebook.
Sementara itu, kementerian dalam hantaran di Facebook menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan amaran awal bah dan mendapatkan maklumat di publicinfobanjir.water.gov.my.
Komen Warganet:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Be the first to comment on "“Kalau Macam Ni 24 Jam Pun Takpe..” Suara Merdu Tokti Semasa Mengulas Ramalan Cuaca Jadi Bualan Peminat"