Oktovia Manrose Selamat Bersalin Anak Perempuan, Janji Tidak Akan Sia-siakan Amanah Allah

Tahniah diucapkan kepada pelakon Oktovia Manrose yang telah pun selamat bersalin cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu kira-kita jam 8.40 malam.

Setahun mendirikan rumah tangga, pelakon cantik, Oktovia Manrose telah memaklumkan yang dia dan suami, bekas pemain bolasepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa telah selamat menimang cahaya perempuan.

Ujar pemilik nama sebenar, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman sangat bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang melahirkan zuriat selepas 11 tahun.

Menitipkan doa yang terbaik selain memberikan dedikasi buat suami tersayang.

“Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada h4l yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.

“Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa naf$u. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan ner4ka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

Dia juga berharap agar zuriat mereka ini dapat membesar menjadi seseorang yang bertakwa dan taat dengan aturan Allah S.W.T.

Untuk rekod, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya. Oktovia Manrose dan pelakon Aprena Manrose merupakan anak perempuan bekas penyanyi dangdut Iwan Syahman pada era 90-an.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Oktovia Manrose

Be the first to comment on "Oktovia Manrose Selamat Bersalin Anak Perempuan, Janji Tidak Akan Sia-siakan Amanah Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*