“Siti Nurhaliza Mai Hantar” – Ustaz Kazim Ded4h Rupanya Rupanya Tokti Pernah Tolong Beliau

Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mended4hkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perkara itu dikongsi Ustaz Kazim menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, semalam.

Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah beba$ Ustaz Ebit Lew.

“Bila doktor 0perate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan.

“Kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.

“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu.

“Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.

Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterima sekiranya dia tidak $akit.

“Kalau saya tak $akit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.

“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya

“Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik.

“Allah akan beri kekvatan. Jangan sebut cel4ka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

 

Sekadar info, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalam1 perubahan fiz1kal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan pender1taan yang dialam1nya kini mungkin s1hir yang berkaitan ha$ad dngki dan 1ri hati pihak yang tidak menyukainya.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Siti Nurhaliza Mai Hantar” – Ustaz Kazim Ded4h Rupanya Rupanya Tokti Pernah Tolong Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*