“Ada Masa Mak Lupa Nama Saya Sebab $akit”- Fikry Ibrahim Sanggup Hilang Kerja Demi Ibu

Pelakon Fikry Ibrahim tampil menyatakan dirinya kini kurang berlakon kerana fokus menguruskan perniagaannya dan lebih mengutamakan ibunya, Bibi Zaleha.

Menurut Fikry, sudah tiba masanya untuk membala$ jasa dan memberi tumpuan buat ibunya yang telah banyak berkorban demi menjaganya sewaktu kecil sehingga sekarang.

“Nombor satu dalam hidup saya adalah dia. Kalau tak boleh jumpa saya dia boleh nangi$, saya akan menangi$ 10 kali daripada dia. Itu mak saya, dia pernah berk0rban waktu dulu saya kecil, sekarang ni masa untuk saya pula berk0rban untuk dia.

Biarpun terpak$a melepaskan beberapa peluang yang diimpikannya sebelum ini demi ibunya, Fikry tetap percaya akan rezeki dari Sang Pencipta dan sentiasa mencari jalan untuk kekal relevan dalam industri lakonan.

 Duit boleh dicari namun kasih sayang seorang ibu melangkaui segala-galanya.

“Masih jaga mak, ulang alik KL-Kedah. Contoh macam program Dewi Remaja ini saya jadi pengacara, kalau boleh bawa dia ke KL, saya bawa.

 

“Penat memang penatlah tapi, $edih juga sebab saya rasa sejak kecil saya dibesarkan mak saya sahaja.

“Apabila saya dah besar sekarang, takkan saya nak ‘ambil’ duit sahaja dan tak pilih dia kan. Kadang-kadang balik dari KL malam esok terus ‘shoot’ balik kampung, rasa nak pengsan pun ada.

“Tapi dia mak saya dan senang cerita saya rasa sekarang kalau orang tanya saya, duit tak boleh beli kebahagiaan, saya percaya memang percayakan kenyataan tersebut.

“Kalau satu hari dia sudah tiada, duit saya saya kerja semua itu, sia-sia dan tiada makna,” luahnya seraya air matanya tumpah berkongsikan kata-kata itu.

“Isteri saya boleh ganti, kawan saya boleh cari, anak boleh buat baharu tapi ibu tetap satu-satunya,” katanya berem0si.

Terdahulu sekitar Mac 2021, Fikry mendedahkan kepada media bahawa dirinya terpak$a menunda segala komitmen kerja di ibu kota demi menjaga ibu tersayang di Jitra, Kedah yang diserang str0k atau angin ahmar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

 

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "“Ada Masa Mak Lupa Nama Saya Sebab $akit”- Fikry Ibrahim Sanggup Hilang Kerja Demi Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*