Kongsi Video Hantar & Tunggu Anak Solat Jumaat. Rita Rudaini Buat Ramai $ebak,

Pelakon wanita, Rita Rudaini sememangnya antara selebriti yang tidak lokek berkongsi aktiviti harian di media sosial. Dia yang berstatus ibu tunggal dilihat gembira membesarkan anak-anak lelaki yang sudah meningkat remaja dan kerap memuat naik perkongsian positif di Instagram dan juga TikTok.

Baru-baru ini, Rita telah membuat satu posting berkenaan aktivitinya pada hari Jumaat apabila menghantar serta menunggu anak lelakinya menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran rumah.

Menerusi kapsyen yang disertakan pelakon drama Bukan Cinta Biasa itu, dia ingin menyimpan momen tersebut sebagai satu kenangan di masa hadapan dan mengatakan tugas tersebut akan selesai setelah mereka berkeluarga kelak.

“Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak2…mommy tggu kamu dlm kereta …tugas mommy utk anak2 lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri…doa kan mommy sihat selalu,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Perkongsian yang dibuat Rita telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka berasa sebak dengan pengorbanan yang dilakukan pelakon terbabit dan

 

Untuk rekod, Rita Rudaini dan pemain bolasepak terkenal, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pernah berkahwin pada tahun 2008 namun bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang  cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: TikTok @ritrud727

Be the first to comment on "Kongsi Video Hantar & Tunggu Anak Solat Jumaat. Rita Rudaini Buat Ramai $ebak,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*