“Maknya Nampak Muda Belia..” Sambut Menantu Sulung, Wajah Datuk Sheila Majid Pula Jadi Perhatian!

Tahniah buat Datuk Sheila Majid yang selamat menyambut menantu sulung baru-baru ini! Anak lelaki kepada penyanyi tersohor itu, Megat Abdul Majid Aziz Roslan sah bergelar suami kepada Nik Nuralia Dato’ Nik Fauzi dengan hanya sekali lafaz pada 13 Februari lalu.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada pagi Ahad tersebut diadakan secara tutup dalam suasana norma baharu namun tetap meriah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Datuk Sheila berkongsi momen kemeriahan majlis anak tersayang dengan memuat naik foto dan video ijab kabul pasangan mempelai. Dewan resepsi Megat dan Nuralia dihias indah dengan garapan rona putih.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menghadiahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Terdahulu, Megat dan Nuralia melangsungkan pertunangan pada 21 Disember 2020 dan mengambil masa setahun lebih untuk disatukan memandangkan situasi pandemik C-vid-19.

Difahamkan juga majlis pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan beberapa kali. Salah satu sebabnya ialah kerana pasangan berkenaan diduga positif C-vid-19 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Datuk Sheila melahirkan rasa teruja dan gembira menerima menantu sulung dan mengharapkan agar pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan sebaiknya. “Saya berdoa agar Megat dan Nik Nuralia sentiasa dirahm4ti dan dibimbing Allah SWT. Semoga ikatan ini diberkati dan berjaya di dunia dan akhirat.”

Megat Abdul Majid merupakan anak kedua Datuk Sheila Majid daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit dan produser, Roslan Aziz.

Perkahwinan kedua Datuk Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali dengan panggilan Acis dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:NONA

Be the first to comment on "“Maknya Nampak Muda Belia..” Sambut Menantu Sulung, Wajah Datuk Sheila Majid Pula Jadi Perhatian!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*