“Ayah Yang Penyayang..” Tak sangka The Rock Layan Anak Perempuan Main Solek2, Siap Kena Pakai Rambut Pal$u!

Penampilan yang ‘sado’ dan dikenali sebagai bekas ahli gusti telah menjadikan imej The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson digeruni sesetengah pihak.

Mungkin ada yang beranggapan, Johnson seorang yang tegas serta serius namun ternyata perkara itu adalah sebaliknya, lebih-lebih lagi jika dia bersama anak-anak perempuan.

Menerusi perkongsian The Rock di Instagram, dia telah berkongsi momen ketika sedang melayan kerenah anak perempuannya iaitu Jasmine Johnson dan Tia Giana Johnson yang mendandan pelakon filem Black Adam itu.

Dalam perkongsian berkenaan, The Rock telah memuat naik video didandan dengan menggunakan rambut palsu dan meninggalkan kapsyen lucu merujuk kepada situasi yang sedang dihadapinya ketika itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

“Pagi pertama di rumah, seawal jam 8 pagi, mereka sudah bersiap sedia untuk berikan ‘makeover’ kepada ‘Dwanta Claus’ sebelum Krismas bermula.

“Saya tak lihat diri saya di dalam cermin, tapi saya rasa saya sangat ‘cool’. Dwanta perlukan tutu dan ‘DIG-NUH-DEE’ (maruah),” tulisnya.

Menerusi video selanjutnya, pelakon aksi berusia 50 tahun itu turut memuat naik video anak-anaknya cuba memakaikan skirt, namun ia tidak muat dan hanya tersangkut di kepala.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

Difahamkan, video-video terbabit telah ditonton lebih dari 74 dan 22 juta sejak ia dimuat naik ke Instagram sebelum Krismas tempoh hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

 

Sebelum ini, The Rock beberapa kali berkongsi video sedang bermain bersama anak-anaknya yang masih kecil. Kebanyakkan mereka memuji sikap selebriti sasa itu dalam menanggapi anak kecil terutamanya cahaya mata sendiri kerana begitu ‘sweet’ dan tidak sama seperti karakternya di dalam filem.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Borakdaily

Be the first to comment on "“Ayah Yang Penyayang..” Tak sangka The Rock Layan Anak Perempuan Main Solek2, Siap Kena Pakai Rambut Pal$u!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*