“Bukan Calang-calang..” Netizen Kagum Tokti Beli Rumah Mewah Pertama Di Dubai

Dubai dan Abu Dhabi antara kota mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sering menjadi impian percutian oleh masyarakat antarabangsa.

Ramai yang tertarik dengan kemewahan di kedua-dua kota ini, malah Dubai juga telah dinobatkan sebagai salah satu bandar terbaik dunia untuk dikunjungi. Selain gedung-gedung mewah, dan bangunan penc4kar langit, Dubai juga terkenal dengan pulau buatan manusia, The Palm Jumeirah.

Bukan calang-calang orang yang dapat bercuti di Dubai.

Terbaharu, penyanyi No.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengemparkan rakyat Malaysia  apabila berjaya memperoleh rumah pertama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, hasil titik peluh dan usaha yang dilakukanya sejak bergelar usahawan selebriti.

 

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh anak tirinya, Asyraf Khalid yang turut berkongsi rasa bahagia dan gembira, sekaligus menzahirkan ucapan tahniah diatas pencapaian Siti itu.

 

Alhamdulilah, berkat usaha Tokti!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Tokti dapat membeli sebuah rumah mewah dengan berkat usahanya selama ini sebagai seorang penggiat seni.

 

Sumber: TikTok @watieysoong, Instagram @ctdk@asyrafkhalid

 

Be the first to comment on "“Bukan Calang-calang..” Netizen Kagum Tokti Beli Rumah Mewah Pertama Di Dubai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*