Bawa Lari Barang Kemas Rm300,000, Kakak Aliff Syukri Minta Kesan Pembantu Rumah

KAKAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah ibu mentuanya yang telah melarikan diri, baru-baru ini.

Kata Noor Hayati, $uspek yang dikenali sebagai Citra turut membawa lari barang kemas milik ibu mentuanya.

“Sesiapa yang ada terjumpa $uspek di gambar, bernama Citra. Sila hubungi saya. Ganjaran akan diberikan. $uspek mer0mpak dan melarikan barang kemas. $uspek ialah pembantu rumah ibu mentua saya,” katanya.

Pembantu rumah kakak Aliff Syukri bawa lari barang kemas.

Hayati berkongsi perkara itu berserta foto wanita berkenaan menerusi akuan Instagram miliknya pada Khamis.

Sementara itu, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Bonda memberitahu svspek telah membawa lari barang kemas hampir RM300,000 dari rumah besannya itu.

“Pembantu rumah yang jadi perompak terhormat. Disayangi ini balasannya, melarikan hampir RM300,000 ribu barang kemas besan saya.

“Bonda mohon bantuan pada semua pengikut untuk sebar-sebarkan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Hayati Kamarzaman (@yatie_kmrzmn)

Tambah Rozita, pembantu rumah tersebut telah berkerja selama tiga tahun bersama besannya, malah anaknya juga melayani $uspek dengan baik.

“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, tiga tahun berkerja menjaga mak mentua Yati. Terg4mak betul mencvri. Sahabat followers jika nampak atau dapat info, bantu kami ya selain pihak polis menjejakinya,” katanya lagi.

Mohon maaf ya, tak semua pembantu rumah j4hat. Jangan burvkan bangsa Indonesia.

Pun begitu, Bonda menjelaskan bahawa tidak semua pembantu rumah warga Indonesia itu berperangai sedemikian malah semuanya bergantung kepada diri individu tersebut.

“Mohon maaf ya, tak semua pembantu rumah jahat. Jangan burukan bangsa Indonesia, salah di sisi Islam. Yang jahat ini ikut orang juga, tak semua begitu ada ramai lagi yang baik. Yang berdosa dia, kita jangan tambah dosa kepada orang lain yang tidak berdosa,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar wanita berkenaan segera ditahan.

Kerugian barang dianggarkan RM300,000.

 

Malah, ada juga yang memaklumkan pernah melihat svspek di sekitar Putrajaya beberapa hari lalu.

“Tiga hari lepas dia dekat Putrajaya, bangsa dia orang ini tidak boleh buat baik sangat.

“RM300,000 bukannya sikit harap dapat svspek cepat tertangkap. Dah banyak kali kes macam ini berlaku. Dia orang ini, dah bagi layanan baik… gaji sedap pun masih lagi nak mencuri,” antara komen netizen.

 

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Bawa Lari Barang Kemas Rm300,000, Kakak Aliff Syukri Minta Kesan Pembantu Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*