Cantiknya Isteri Randy Pangalila! Hadiah Istimewa Buat Suami, Isteri Umum Hamil Anak Kedua

HADIAH paling istimewa sempena sambutan Krismas… Isteri kepada pelakon Randy Pangalila iaitu Chelsey Frank berkongsi berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata kedua, tahun depan.

Menerusi hantaran di Instagram, Chelsey memuat naik gambar alat ujian kehamilan bersama dengan sekeping kad ucapan memberitahu ini merupakan hadiah Krismas untuk mereka sekeluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chelsey Frank (@cfrank3030)

Chelsey kongsi berita gembira ini di akaun Instagram miliknya

“Santa bagi kejutan kepada kami tahun ini. Bayi nombor dua dalam perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Randy pula meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Krismas tahun ini bersama anak perempuan dan isteri tercinta.

“Krismas tahun ini tidak akan sama tanpa awak. Saya sangat rindukan awak dan Blair. Saya berharap boleh berada di sana dan menyambut Krismas bersama-sama. Tetapi doa saya untuk awak dan Blair akan sentiasa ada,” katanya.

Untuk rekod, Randy berkahwin dengan Chelsey Frank pada 19 Januari 2019 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Blair Willow Pangalila yang kini berusia satu tahun sembilan bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Cantiknya Isteri Randy Pangalila! Hadiah Istimewa Buat Suami, Isteri Umum Hamil Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*