“Bagai Pinang Dibelah Dua..” Meriah Sungguh Majlis Resepsi Abang Viva Dan Evanoza

SETIAP kali musim tengkujuh, nama Azwan Omar atau Abang Viva pastinya ‘diseru’ netizen bagi membantu mang$a-mang$a yang terjejas akibat banjir.

Dalam misi di negeri Pantai Timur pada minggu lalu, Azwan tidak berkeseorangan, sebaliknya dia turut ditemani isteri, Evanoza Zakaria.

Walaupun dalam mood pengantin baru, pasangan ini tetap turun padang ke Terenganu dan Kelantan selama enam hari sebelum menamatkan misi bantuan pada 22 Disember lalu.

Hari persandingan merpati dua sejoli

Selepas  dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan ini mengadakan majlis persandingan yang dihadiri kenalan dan juga keluarga.

Hari bersejarah itu turut dikongsikan sendiri oleh Azwan di akaun Facebooknya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang sudi menaja majlis mereka.

Dalam perkongsian tersebut, anak jati Melaka itu dilihat segak memakai baju merah jambu keemasan sedondon dengan isteri yang cantik mengenakan dress berwarna sama.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mang$a banjir di negara ini, mengakhiri zaman bujang apabila memilih Eva Noza Zakaria sebagai suri hatinya.

Majlis pernikahan berlangsung secara ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh di sini pada 14 Oktober lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua pasangan berkenaan.

Azwan sah menjadi suami Eva Noza menerusi sekali lafaz dengan mas kahwin RM150 dan wang hantaran RM8,888 berserta sebentuk cincin serta beberapa hadiah iringan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Facebook Azwan Omar, Evanoza d sini

Be the first to comment on "“Bagai Pinang Dibelah Dua..” Meriah Sungguh Majlis Resepsi Abang Viva Dan Evanoza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*