Akui Masih Sayangkan Isteri, Cat Farish Tak Sengaja Ulang ‘lafaz’ Banyak Kali. Tunggu Keputusan M4hkamah

Tiada siapa yang mahukan perkahwinan berakhir dengan percera1an, begitu juga dengan ahli kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish.

“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya dicera1kan. Saya terkejut apabila dia melafazkan cera1 sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.”

Demikian kata isteri kepada penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 48, iaitu Suriani Hassan, 36, yang dicera1kan pada 13 Disember lalu walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga.

Dua tahun banyak menghabiskan masa bersama keluarga, Cat mengakui dia masih menyayangi Suriani malah turut merindui anak-anak kepada isterinya.

“Siapa cakap tak sayang, mestilah sayang. Ikutkan sepanjang perkahwinan, kami tak ada pun berg4duh sangat, cuma ada la beberapa part yang tak setuju. Sejujurnya saya pun rindu anak-anak.

“Dua tahun saya luangkan masa bersama keluarga saya. Bila jadi macam ini, saya jadi terfikir betul ke kami berg4duh… jadi tanda tanya. Yela, siapa kahwin nak cer4i kan. Benda ini jadi terlalu pantas dan meng3jut,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi mengenai kejadian tidak diingini terjadi, Cat mended4hkan dia telah melafazkan cer4i terhadap isterinya sebanyak tiga kali disebabkan ketika itu berlaku pertengkar4n antara mereka.

“Lafaz yang saya ucapkan itu sebanyak tiga kali. Saya ini jenis suka ulang cakap, jadi ketika itu lafaz tu berulang kali disebut. Kawan-kawan ada bagi saya video ceramah UIA mengenai tal4k.

“Ikutkan yang saya faham, tetap sekali talak dan ia sah namun berd0sa. Tapi apa-apa pun kena tunggu apa keputusan m4hkamah nanti untuk lebih jelas,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cat Farish (@catfarish)

Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020, namun pasangan itu tidak dikurniakan anak.

Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercera1 pada April 2016 dan hasil mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar, 11.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Akui Masih Sayangkan Isteri, Cat Farish Tak Sengaja Ulang ‘lafaz’ Banyak Kali. Tunggu Keputusan M4hkamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*