Mengidam Nak Naik Ferrari. Madammu Tak Malu Mengaku Itu Hanya Kereta Sewa

MENGIDAM adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung sehinggakan ada di antara mereka yang teringin makanan atau benda yang sukar didapati.

Berlainan dengan usahawan kosmetik dan pempengaruh media s0sial, Eriyca Baiduri Abdul Rashid yang sedang hamil empat bulan mengidam untuk menaiki kereta mewah jenis Ferrari.

Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 32, berkata, dia sudah lama tidak menaiki kenderaan jenis itu dan mahu mengambil foto dari bahagian tepi tingkap.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, Madammu memberitahu agak sukar suaminya, Azri Che No atau lebih dikenali sebagai TP untuk menyewa kereta Ferrari terbabit.

“Sanggup TP sewa Ferrari sehari semata-mata Madammu mengidam! Mengada,” tulis Madammu.

Sementara itu, Madammu memberitahu dia sudah lama tidak merasa menaiki kereta mewah tersebut dan menyatakan itu adalah keinginan bayi yang berada di dalam perutnya.

“Dah lama tak naik, boleh lah, boleh lah, kita cuba slow slow.

“Alah I nak ambil gambar, ambil gambar daripada tepi tingkap je lah. Dah lama tak naik, baby mengidam naik, tapi goncang sikitlah macam naik kerusi, babby happylah kot,” ucapnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat Madammu dan ada yang memberitahu mereka hanya mampu menaiki lori kepunyaan suami sahaja.

“Kalau kami yang mengidam sampai kesudah tak dapat merasa.

“Saya mengidam nak naik lori, Alhamdulillah dah 7 bulan ni, lebih 10 kali naik lori suami sendiri.

“Saya dulu mengidam bunyi eksoz MK6 tu. Sekali dapat naik and dapat dengar bunyi eksoz tu sampai tertidur kau, yang bukan-bukan je,” komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Xtra

Be the first to comment on "Mengidam Nak Naik Ferrari. Madammu Tak Malu Mengaku Itu Hanya Kereta Sewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*