Suami Syukur Fatin Afeefa Masak Maggi, Makanan Pertama Selepas Jadi Suami Isteri

Semalam, pelakon Fatin Afeefa mengejutkan ramai apabila selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati dikenali Aliff Awang kira-kira jam 8.40 malam tadi dalam satu majlis tertutup diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Apa yang menjadi perhatian, perkongsian suaminya di Insta Story yang memuat naik video meluahkan rasa syukur dapat merasa makanan pertama dibuat oleh Fatin selepas bergelar suami isteri.

Menerusi video itu, meskipun ianya hanya maggi namun Aliff berkata apa yang penting bukan nilai menu tersebut menjadi keutamaan tetapil kenangan tercipta yang perlu dihargai dan menjadi ingatan.

“Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan,” katanya.

Pada November lalu, Fatin ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin seakan memberi bayangan sudah mengikat tali pertunangan. 

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Suami Syukur Fatin Afeefa Masak Maggi, Makanan Pertama Selepas Jadi Suami Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*