Tvlar Foto Atas Pelamin Dengan Kekasih, Raysha Rizrose Dah Bertunang?

Baru-baru ini, pelakon Raysha Rizrose mengakui mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan teman lelakinya Nabil Jeffri yang juga pelumba kereta Formula 3 tetapi bukan dalam masa terdekat.

Namun memetik laporan BOOM!, terdapat sekeping foto dihantar pembaca yang mendakwa pasangan itu sudah melangsungkan majlis pertunangan.

Walau bagaimanapun, pengirim tersebut tidak menyatakan tarikh majlis diadakan tetapi berdasarkan data masa yang tertera, foto itu dihantar pada Sabtu lalu iaitu 24 Disember 2022.

“Gambar pertunangan Raysha Rizrose,” tulis pengirim berkenaan menerusi mesej peribadi di akaun Instagram BOOM!.

Foto tersebut memperlihatkan pelakon berusia 26 tahun itu dan Nabil mengenakan busana tradisional di atas pelamin dihiasi himpunan bunga yang sinonim seperti acara pertunangan atau perkahwinan.

Malah, pasangan itu juga dilihat menunjukkan jari masing-masing seperti memberi ruang kepada individu di hadapan mereka bagi merakam momen berkenaan.

Namun begitu, tinjauan ke akaun Instagram milik Raysha selain ahli keluarganya iaitu Uqasha, Nelydia Senrose, Octavia dan Aprena Manrose mendapati tiada posting berkaitan dakwaan terbabit.

Terdahulu, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz menjelaskan, dia memerlukan masa dan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin.

Untuk rekod, pasangan itu sudah 10 tahun menjalin perhubungan meskipun pernah mengalami ‘putus cinta’ selama empat bulan sebelum akhirnya berbaik semula.

Sumber: BOOM! (Fiza Kamarudin)

Be the first to comment on "Tvlar Foto Atas Pelamin Dengan Kekasih, Raysha Rizrose Dah Bertunang?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*