“Semoga Sihat Selalu..” Madammu Buat Majlis Doa Selamat Buat Bayi Dalam Kandungan

Dalam sebuah mahligai cinta yang dibina, pasti mengangankan kehadiran cahaya mata sebagai pengerat antara keduanya. Namun, tidak semua ‘impian’ itu terbina dengan mudah.

Doa yang dipohon, ada kala Tuhan pegang seberapa lama sebelum dilepaskan pada waktu yang tepat.

Walaupun terpaksa berdepan pelbagai prosedur termasuklah membuang tiub fallopian, namun segala pengorbanan tersebut berbaloi apabila Madammu disahkan hamil melalui ikhtiar IVF.

Diam tak diam, siapa sangka kandungannya kini sudah mencecah usia 3 bulan malah raut wajah wanita tersebut juga kelihatan semakin berseri-seri saban hari.

Majlis kesyukuran

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua.

Terbaharu usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah selamat menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena kandungan sulungnya, pada hari Jumaat yang lalu.

Difahamkan seramai 180 orang tetamu yang menjadi tulang belakang kejayaan perniagaan Noir Health & Beauty Sdn Bhd, disamping ahli keluarga turut sama memeriahkan majlis berkenaan.

“Masjils kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by M A D A M M U (@eriyca.baiduri)

Majlis yang dihiasi dekorasi indah berlatarkan rona ungu menjadikan majlis tersebut cukup istimewa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by M A D A M M U (@eriyca.baiduri)

Namun begitu, kelibat salah seorang anak tirinya iaitu Ahmadi yang sama-sama mengiringi perjalanan masuk ke ruangan tersebut berjaya mencuri perhatian ramai. Dia kelihatan setia di sisi Madammu malah berkali-kali menoleh ke bahagian belakang bagi memastikan segalanya baik-baik sahaja.

 “Bodyguard madam steady jer.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by M A D A M M U (@eriyca.baiduri)

Meninjau di ruangan komen, netizen tidak henti-henti memuji kecantikan Madammu di majlis kesyukuran tersebut dan disertakan dengan ucapan yang positif. Apatah lagi melihat penampilan yang sopan anggun bertudung, ramai menitipkan doa yang baik-baik untuk Madammu terus kekal bertudung selepas ini.

 

 

Sumber: Instagram eriyca.baiduri

Be the first to comment on "“Semoga Sihat Selalu..” Madammu Buat Majlis Doa Selamat Buat Bayi Dalam Kandungan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*