Hanya Hamba Lemah.. Aliff Aziz Mengaku Masih Buat Bab4k Sentvh Pelakon Wanita.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz menyifatkan dia seorang hamba Allah yang lemah kerana masih melakonkan babak berpegangan tangan bersama aktres wanita menerusi drama lakonannya.

Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, berkata, dia tidak mahu menegakkan benang yang basah dalam soal tersebut sebaliknya sedang sedaya upaya berubah menjadi seorang insan lebih baik.

Katanya, soal hukvm hakam dalam agama bukan perkara boleh dipersenda apatah lagi mengubah mengikut cita rasa sendiri dan sebagai seorang beragama Islam dia menyedari akan hal tersebut.

Aliff mohon doa yang baik-baik.

“Bagi Aliff, perkara tidak betul kita tidak boleh tegakkan benang yang basah dan mengatakan benda itu betul.

“Cuma saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah dan setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada penonton sekiranya mereka tidak bersetuju dengan babak bersentvhan yang dilakonkan dalam drama.

Aktor itu turut meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dia dan bukan menc4ci atas kekhilafan dilakukannya.

Saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah dan setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik.

ALIFF AZIZ

PELAKON

“Saya mohon kepada semua untuk doakan yang baik-baik, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk semua pelakon.

“Saya mohon maaf terlebih dahulu kepada semua yang menonton sekiranya ada tidak bersetuju dengan tind4kan saya.

“Saya harap ini tidak menjadikan sebab untuk orang menc4ci kerana bagi saya lebih baik kita mendoakan kerana kebaikan itu akan berbalik kepada kita,” ujarnya.

aliff2 - 1

Aliff mengakui kesilapan diri.

Untuk rekod, drama lakonan Aliff, Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin kini sedang ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.

Cina Buta mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercer4i buat kali ketiga.

Drama ini turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Ungku Ismail, Nad Zainal, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MStar

Be the first to comment on "Hanya Hamba Lemah.. Aliff Aziz Mengaku Masih Buat Bab4k Sentvh Pelakon Wanita."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*