Enggan Tumpang Populariti Haqiem Rusli… Zali Sanggup ‘Merangkak’ Dalam Industri

BERGELAR adik kepada penyanyi popular Haqiem Rusli bukanlah tiket mudah buat Zali Rusli mencipta nama dalam industri muzik. Namun, Zali, 17, tidak mahu terus dibayangi oleh abangnya dan berharap orang ramai mengenalinya kerana bakat dan lagu nyanyian sendiri.

“Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangi atau dikata menumpang populariti abang saya.

Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri,” katanya.

Zali tampil dengan single keduanya berjudul Kamu Cantik Malam Ini ciptaannya bersama Haqiem.

“Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami, dan ianya mendapat persetujuan dari pihak FMC Music. “Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain. Tapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem.

“Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu lagu jiwang balada era 90-an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini,” tambahnya.

Tetap dengan pendirian untuk tidak mengikut trend semasa merakamkan semula lagu penyanyi lain, Zali percaya pada kekuatan lagu sendiri untuk mendapat perhatian pendengar.

“Biarlah mereka sahaja buat dulu, saya nanti dulu kerana saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengar, kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?” katanya.

Menyentuh soal muzik video yang melibatkan pelakon remaja yang kontroversi baru-baru ini, Qistina Raisah, Zali akui teruja.

“Ya pada mulanya saya terkesima juga waktu jumpa Qistina Raisah. Dia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramah.

“Hati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa wanita secantik Qis, selalu saya tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. Dan jujur saya cakap saya terpaut hati pada Qis.

“Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam jelah,” kata Zali berseloroh.

Kamu Cantik Malam Ini telah dilancarkan di platform digital termasuk muzik video rasmi di saluran Youtube FMC Music sejak 29 Disember lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zalirusli (@zalirusli._)

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Enggan Tumpang Populariti Haqiem Rusli… Zali Sanggup ‘Merangkak’ Dalam Industri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*