Pakai Camni Baru Cantekkk. Ramai ‘$ejuk Hati’ Lihat Penampilan Leonna

Nama anak gadis pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering mendapat perhatian netizen di media sosial kerana penampilannya yang begitu seksi sehingga mencetuskan kritikan dan cemuhan ramai.

Namun begitu, berbeza pula pada kali ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, kelihatan dia memakai telekung berwarna merah jambu sambil membuat sebuah konten telah berjaya meraih perhatian netizen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terkejut apabila melihat penampilan menutup aurat gadis yang berusia 20 tahun itu di media sosial.

Bukan itu sahaja, dalam video tanpa sebarang kapsyen tersebut, ramai yang memuji Leona kelihatan sangat cantik dan tidak melepaskan peluang dengan mendoakan Leona perlahan-lahan menutup auratnya dengan sempurna sebagai seorang wanita yang beragama islam.

Terdahulu, Azhar meluahkan rasa hairan memandangkan netizen sering mengkritik penampilan anaknya apabila kelihatan seksi, tetapi tidak pula meninggalkan pujian apabila Leona berpakaian sopan.

Malah, sebelum ini juga pelakon yang berusia 51 tahun itu mengakui sudah buntu untuk menasihati anak perempuannya untuk memperbaiki gaya penampilannya di khalayak umum.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : OMM TikTok @leonsmeonss

Be the first to comment on "Pakai Camni Baru Cantekkk. Ramai ‘$ejuk Hati’ Lihat Penampilan Leonna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*