Neelofa Pesan Jangan Tert1pu Dengan ‘Likes’, Nikmati Percutian Bukan Konten

Ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti bersempena dengan hujung tahun dan juga cuti persekolahan. Para artis juga tidak ketinggalan untuk pergi merehatkan diri selepas bekerja keras selama setahun.

Walau bagaimanapun, selebriti yang juga bekas pengacara program Meletop, Neelofa telah berkongsi sedikit pesanan buat semua ketika pergi melancong.

Menerusi Insta Story yang dikongsikannya baru-baru ini, Neelofa berharap kita semua ‘enjoy’ dengan semua perkara ketika bercuti dan bukannya taksub untuk memberitahu dunia yang kita sedang melancong.

“Awak berjalan mengembara untuk melihat dunia atau dunia yang melihat awak?

“Rasai dan nikm4ti setiap perkara kecil yang berlaku di sekeliling anda, bukan semuanya soal mencipta konten di media sosial.

“Jangan tert1pu dan puas dengan lik3sserta views, ia hanya memberi kepuasan kepada anda untuk sementara waktu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pend4kwah selebriti, Muhammad Harris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz juga menitipkan pesan supaya tidak terlalu memikirkan tentang konten kerana ada lagi yang lebih seronok ketika sedang melancong.

Dia berkata begitu berdasarkan apa yang dilalui olehnya sebelum ini dan ia menjadi pengajaran berguna untuknya.

“Berhati-hati dengan perkara yang membuatkan anda merasa cepat puas dan bukan pasal konten anda. 

“Percayalah mengenai perkara ini, kerana tahun-tahun yang sudah telah mengajar saya tentang ini,” tambahnya.

Menjengah ke Instagram selebriti tersebut, dia sememangnya dilihat sudah kurang berkongsi tentang kehidupan peribadinya lebih-lebih lagi anak tersayang.

Dia juga lebih menumpukan kepada promosi produk-produk dari perniagaannya dan jenama yang menjadikan dirinya duta produk.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Neelofa

Be the first to comment on "Neelofa Pesan Jangan Tert1pu Dengan ‘Likes’, Nikmati Percutian Bukan Konten"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*